Isnin, 8 Februari 2010

Soalan- soalan yang sering ditanya tentang Biodisc.

1. Apakah itu Biodisc ?

Biodisc adalah alat untuk menghasilkan tenaga semulajadi. Tenaga yang dihasilkan bertujuan untuk membaiki dan menyegarkan struktur molekul cecair. Penstrukturan semula molekul ini menjadikan cecair lebih hidrat, lebih sedap, dan jangka hayat lebih lama. Tenaga semulajadi dari Biodisc dapat memperbaiki corak tidur apabila diletakkan di bawah katil dan menambah baik tenaga positif CHI dalam badan apabila dipakai @ diletakkan didalam beg. Ianya juga dapat menghilangkan kesakitan apabila sinaran matahari dipancarkan melaluinya.

2. Adakah Biodisc mempunyai tarikh luput ?

Kita menjangkakan tenaga Biodsic dapat bertahan selama 15 tahun kerana ujian asal yang dilakukan ke atas unit-unit Biodisc yang dibuat 5 tahun dahulu sebelum dipasarkan menunjukkan tahap tenaganya meningkat. Tidak seperti magnet, gelombang ini tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti bumi.

3. Apakah kesan selepas tarikh luput ?

Apabila ia tidak berfungsi, ia tidak berupaya untuk menukarkan cecair atau buah-buahan. Sila rujuk soalan dibawah untuk menguji tahap tenaga Biodisc anda.

4. Terdapat pelbagai cara untuk menguji tahap tenaga semasa yang positif dan berkesan.

  • Menggunakan alat pengukur tenaga benda hidup. Yang terbaik dan selalu digunakan secara komersil adalah mesin Prognos dan Medec.
  • Cara mudah ialah dengan menggunakan deria rasa, penglihatan dan juga sensor sensitif badan. Cara tersebut adalah seperti berikut :-

- Buatkan hirisan lemon @ limau nipis.

- Letakkan hirisan tadi di atas Biodisc.

- Letakkan beberapa hirisan lagi ditempat lain jauh melebihi 5 meter dari Biodisc.

- Biarkan selama 20 minit.

- Selepas 20 minit lihat struktur hirisan tersebut.

- Rasa hirisan yang diletakkan diatas Biodisc, rasanya lebih segar dan kurang

berasid (masam) dan lebih manis daripada hirisan yang tidak diletakkan diatas

Biodisc.

Tiada ulasan:

Iklan